SIRRTUJUH – Rahsia Agung Nur Insani

SELAWAT FATIH DAN KELEBIHAN LUARBIASANYA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

 

“Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung”.

KATA ULAMAK SUFI
“ANDAI KASYAF DIBUKA, NESCAYA SEMUA ORANG BERPINDAH KEPADA SELAWAT FATIH”

Syeikhuna Ahmad Attijani rodliyallahu’anhu berkata :
Aku mulai menyibukkan diri membaca selawat fatih ketika aku kembali dari haji menuju tilimsan kerana aku telah melihat keutamaannya yaitu sekali nilainya sama dengan 600,000 selawat lain sebagaimana yang ada dalam WIRID ALJUYUB.

Pemilik wirid itu menyebutkan bahawa orang yang pertama memperoleh selawat fatih iaitu Sidi Muhammad Al Bakri Assiddiqi yang tinggal di Mesir, beliau adalah seorang wali qutub berkata : Sesungguhnya barangsiapa yang membaca selawat fatih sekali dan ia tidak masuk ke syurga, maka hendaklah ia menangkap / menuntut pemiliknya (beliau sendiri) disisi Allah swt.

Aku tetap membacanya sampai aku berangkat dari tilimsan menuju Abu Samghun, tatkala aku melihat selawat yang pahalanya sekali sama dengan mengkhatamkan 70,000 kali Dalai-lul Khoirot, ku tinggalkan selawat fatih dan ku sibukkan diriku membaca selawat tersebut kerana melihat fadhilatnya yang sangat besar, kemudian Rosulullah saw memerintahkan ku agar kembali membaca selawat fatih, tatkala beliau saw memerintahkan ku untuk kembali membaca selawat fatih, aku bertanya padanya tentang keutamaan selawat fatih,

Pertama, Baginda Nabi memberitahu ku bahawa sekali selawat fatih menyamai pahala 6 kali khatam al-qur’an, kemudian beliau saw memberitahuku lagi bahawa sekali selawat fatih menyamai semua tasbih yang ada di alam semesta dan menyamai semua zikir, doa yang besar mahupun kecil dan menyamai pahala khatam qur’an 6,000 kali, kerana al-qur’an juga termasuk zikir.

Rasulullah SAW bersabda :

ﻣﺎ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻲ ﺍﺣﺪ ﺑﺄﻓﻀﻞ ﻣﻦ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺎﺗﺢ لمااغلق

Ertinya : “Tidaklah seseorang membaca selawat kepada ku dengan selawat yang paling utama, melainkan ia membaca dengan selawat fatih limaa ughliq”

Syeikhuna Ahmad Attijani rodliyallahu’anhu juga berkata :

“Seandainya para penghuni 7 lapis langit dan seisinya, para penghuni 7 lapis bumi dan seisinya berkumpul untuk menyifati pahala selawat fatih, nescaya mereka tidak akan sanggup.”

Beliau rodhiyallahu’anhu juga berkata :
“Semua yang telah kalian dengar tentang keutamaan selawat fatih lima ughliq dibandingkan dengan keutamaan yang tersimpan hanyalah seperti setitis dalam lautan.”

(JAWAHIRUL MA’ANI)

KELEBIHAN MEMBACA SELAWAT ALFATIH 100X

صلاة الفاتح…
.    قال الشيخ الهدار محمد بالمدينة المنورة : من قرأ صلاة الفاتح ليلة الجمعة 100 مرة رأى النبى (ص) فى المنام ، وهو مجرب و الحمد لله ، وأن من واظب عليها كل يوم 100 مرة انكشف له الكثير من الحجب ، وحصل له من الانوار وقضاء الح
وائج ما لا يعلمه الا الله . ( من كتاب مفاتح القرب للشيخ محمد زكى ابراهيم رحمه الله شيخ الطريقة المحمدية )
الحقوق محفوظة

Berkata Syaikh Al-Hadar Muhammad di Madinah Al-Munawwarah : “siapa yg membaca sholawat fatih 100x pada malam Jumaat, maka akan bermimpi jumpa dgn Nabi Muhammad SAW. Ini benar-benar mujarob, dan Alhamdulillah. Dan barangsiapa yg mendawamkan 100x setiap hari, maka akan terbuka / terangkat hijab – hijab, akan diberikan cahaya – cahaya (anwar, hidayah, petunjuk dll rahsia Allah jua), dan juga akan dikabulkan segala hajatnya dari jalan yg dia tidak ketahui, hanya Allah yg mengetahuinya.”

Dikutib dari kitab مفاتح القرب karya Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim Rahimahullah. Syaikh Thiriqoh Tijaniyah.

Lagi Kalam Ulama tentang Selawat Fatih

قَالَ صَاحِبُ «بُغْيَةُ الْمُسْتَفِيدِ» عَنْ صَلَاةِ الْفَاتِحِ:
Pemilik (pengarang) kitab Bughyat al-Mustafīd berkata tentang Shalawat al-Fatih:
[ وَأَنَّهَا وَرَدَتْ مِنَ الْحَضْرَةِ الْقُدْسِيَّةِ مَكْتُوبَةً بِقَلَمِ الْقُدْرَةِ فِي صَحِيفَةٍ نُورَانِيَّةٍ ]
Dan sesungguhnya shalawat itu datang dari Hadirat Ilahi yang Mahasuci, dalam keadaan tertulis dengan Pena Kekuasaan, pada lembaran yang bercahaya.

قَالَ أبو العباس التجاني رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ:
Abu al-‘Abbas at-Tijani raḍiyallāhu ‘anhu berkata:
[ فَلَمَّا تَأَمَّلْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ «صَلَاةَ الْفَاتِحِ» وَجَدْتُهَا لَا تَزِنُهَا عِبَادَةُ جَمِيعِ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالْمَلَائِكَةِ ]
Maka ketika aku merenungkan shalawat ini, yaitu Shalawat al-Fatih, aku mendapati bahwa seluruh ibadah jin, manusia, dan malaikat tidak dapat menyamainya (tidak dapat menandingi timbangannya).

Subhanallah. Marilah membacanya.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

“Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung”.



SAYA IJAZAHKAN BERSANAD
Lafazkan Qobiltu
Sayyidul Kalamul Hadi Al-Qaddahi, 
Majlis Ijazahan Sirr Tujuh, Malaysia