Ada 2 Waktu Mustajab yg disarankan ulama agar diberi perhatian, kerana kemakbulannya amat tinggi.
Juga selain berdoa, hati hati 2 waktu ini agar tidak berkata sesuatu yg buruk kpd org lain. Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa pintu2 langit terbuka.
Waktunya adalah:
- SELEPAS ASAR HARI JUMAAT
- WAKTU DIANTARA ZOHOR DAN ASAR HARI RABU
– Menurut riwayat para sahabat meniru Rasulullah SAW ketika berdoa pada lepas Asar Rabu ini, doa baginda dimakbulkan.
RIWAYAT HADIS
Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه ،
Sesungguhnya RASULULLAH صلى الله عليه وسلم pernah membaca Doa di Masjid Alfath tiga kali , hari Isnin, hari Selasa dan hari Rabu. Maka dimustajab doa Baginda di hari Rabu di antara dua solat ( solat Zuhur dan Asar ). Kemudian jelas nampak kegembiraan di wajah Baginda kerana Allah menerima doa Baginda.
Jabir رضي الله عنه berkata : setelah itu setiap kali saya ditimpa satu masalah yang berat maka saya akan membaca doa di waktu itu ( antara solat Zuhur dan Asar di hari Rabu ) dan akan melihat terhasil doa saya dimustajabkan oleh Allah Subhanahuwa Taala.
Riwayat Albukhary di kitab – Adab Mufrad dan Imam Ahmad serta Imam Albazzar .
Imam Al-Bayhaqi berkata di kitab Suaab Al-Iman :
Hendaklah membaca doa di waktu, keadaan dan tempat yang diharapkan olehnya doa itu akan dimustajab . Dan antara waktu yang diharapkan doa mustajab ialah : Antara Zuhur dan Asar setiap hari Rabu.
Zikir dan bacalah apa-apa doa mengikut setiap keperluan kalian. Semoga Allah qabulkan segala hajat-hajat kita dunia akhirat Insyaallah. Doa orang yg berzikir lebih mudah dimakbulkan.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
“Ya Allah, berilah selawat (rahmat/keberkatan) kepada pemimpin kami Nabi Muhammad”
Pilih Ilmu Seterusnya
Klik ijazah ilmu pilihan anda dibawah
