SIRRTUJUH – Rahsia Agung Nur Insani

RAHSIA 2 WAKTU MUSTAJAB. JANGAN TERLEPAS!

Ada 2 Waktu Mustajab yg disarankan ulama agar diberi perhatian, kerana kemakbulannya amat tinggi. Juga selain berdoa, hati hati 2 waktu ini agar tidak berkata sesuatu yg buruk kpd org lain. Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa pintu2 langit terbuka. Waktunya adalah: SELEPAS ASAR HARI JUMAAT WAKTU DIANTARA ZOHOR DAN ASAR HARI RABU – Menurut riwayat para sahabat meniru Rasulullah SAW ketika berdoa pada lepas Asar Rabu ini, doa baginda dimakbulkan. RIWAYAT HADIS Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه ، Sesungguhnya RASULULLAH صلى الله عليه وسلم pernah membaca Doa di Masjid Alfath tiga kali , hari Isnin, hari Selasa dan hari Rabu. Maka dimustajab doa Baginda di hari Rabu di antara dua solat ( solat Zuhur dan Asar ). Kemudian jelas nampak kegembiraan di wajah Baginda kerana Allah menerima doa Baginda.  Jabir رضي الله عنه berkata : setelah itu setiap kali saya ditimpa satu masalah yang berat maka saya akan membaca doa di waktu itu ( antara solat Zuhur dan Asar di hari Rabu ) dan akan melihat terhasil doa saya dimustajabkan oleh Allah Subhanahuwa Taala. Riwayat Albukhary di kitab – Adab Mufrad dan Imam Ahmad serta Imam Albazzar .  Imam Al-Bayhaqi berkata di kitab Suaab Al-Iman :Hendaklah membaca doa di waktu, keadaan dan tempat yang diharapkan olehnya doa itu akan dimustajab . Dan antara waktu yang diharapkan doa mustajab ialah : Antara Zuhur dan Asar setiap hari Rabu. Zikir dan bacalah apa-apa doa mengikut setiap keperluan kalian. Semoga Allah qabulkan segala hajat-hajat kita dunia akhirat Insyaallah. Doa orang yg berzikir lebih mudah dimakbulkan. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ“Ya Allah, berilah selawat (rahmat/keberkatan) kepada pemimpin kami Nabi Muhammad” Pilih Ilmu Seterusnya Klik ijazah ilmu pilihan anda dibawah Amalan Terbaru QOSAM JABAL RIZQI (Ilmu Rezeki Besar) Khasiat ilmu QOSAM TAJALLI RIZQI – Rahsia Mengganda Rezeki Berkali Ganda Khasiat ilmu SELAWAT SYAFAAT GHAIB Khasiat ilmu ASMA ENERGI NUR ILAHI Khasiat ilmu ASMA SYAHADAT KASYAF Khasiat ilmu ILMU DAHSYAT QOSAM IBRAHIM Khasiat ilmu Lihat Semua Keilmuan Khasiat ilmu ILMU KUAT TUBUH BADAN, AGAR JARANG DITIMPA PENYAKIT Khasiat ilmu ASMA QOSAM BALUQIYA KHIDIR Khasiat ilmu